” Ya Allah, panjangkanlah umur anak kami ini, terangilah hatinya, teguhkanlah imannya, bagusilah amal perbuatannya, lapangkan rezekinya, dekatkanlah ia menuju kebaikan, jauhkanlah ia dari keburukan.
Ya Allah, kabulkanlah doa kami ini, agar anak kami menjadi anak yang soleh, yang senantiasa taat kepadaMu dan berbakti kepada kedua orang tuanya”
Amin ya rabbal ‘Alamin

Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

Saturday, January 24, 2009

Aniq nda jumpa Dady sehari

Hobi dady Aniq memancing, setiap minggu dady turun ke laut, kadang-kadang sama nenek Aniq, kalau inda sama nenek ia ikut Unclenya.Malam jumaat dady suruh Aniq tidur sama nenek, katanya ia kan jalan mancing besok subuh sama Uncle dady di laut. Aniq bangun pagi tu Dady nada sudah, Aniq sama nenek saja dirumah sambil tunggu Dady balik. Biasanya dady pukul 5 petang sudah balik ke rumah, paling akhir pun pukul 6.Aniq tunggu Dady petang tu sebab biasanya ia bawa Aniq jalan-jalan di luar. sampai malam pun belum jua ia balik, akhirnya nenek tidurkan Aniq, sebab Aniq cari Dady.
Tadi pagi Dady bangunkan Aniq, nyaman hati Aniq liat Dady. Ia cerita arah nenek, ia balik rumah semalam pukul 12, masa dalam perjalanan untuk balik ke Jerudong, Boat Uncle rosak satu enjin, jadi terpaksa jalan satu enjin saja tapi nda laju. Masa tu masih 60 kilometer lagi dari pantai. baik jua separuh jalan sudah enjin tu rosak, kalau dari 100 kilometer tu subuh baru sampai. biasanya sejam saja sampai ke Pantai Jerudong, tapi sebab enjin rosak 3 jam baru sampai.

Aniq lama sudah nda jumpa mumy, mumy pun jarang telipun Aniq. Nda tau ia buat apa sekarang ni.

No comments: