” Ya Allah, panjangkanlah umur anak kami ini, terangilah hatinya, teguhkanlah imannya, bagusilah amal perbuatannya, lapangkan rezekinya, dekatkanlah ia menuju kebaikan, jauhkanlah ia dari keburukan.
Ya Allah, kabulkanlah doa kami ini, agar anak kami menjadi anak yang soleh, yang senantiasa taat kepadaMu dan berbakti kepada kedua orang tuanya”
Amin ya rabbal ‘Alamin

Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

Tuesday, March 31, 2009

Celebrate Birthday Di Sabah

Hari Khamis 19hb Mac, Aniq sama Dady ke Sabah naik kereta, yang ikut jua nenek sama Aunty Tikah & Uncle Apik, kami petang sampai di KK dekat pukul 9 malam. ambil nenek tuaran dulu di centerpoint lepas tu baru balik ke Tuaran. Kami ke Sabah sebab sepupu Mumy kahwin di kampong. 22hb Aniq celebrate birthday Aniq 1 tahun. Mumy sama Dady buat majlis doa selamat untuk Aniq, panggil jiran-jiran sama saudara terdekat saja.


Pepet ni Dady belikan di 1Borneo, ramai yg ketawa
bila Aniq pakai, kenapa kah tu.....

Mumy gambar sama Aniq masa tunggu orang datang

Aniq sama dady mau potong kek

Kek Aniq, mickey mouse saja yang ada.....

Aniq sama Dady & Mumy lepas tiup lilin
Lepas tiup lilin Mumy bawa begambar sama hadiah yang Aniq dapat
kawan-kawan yang datang celebrate birthday Aniq
kereta ni nenek tuaran yang bagi
hadiah Aniq dapat

gambar ni masa sudah sampai di Brunei, Aniq nda sabar mau main kereta,
baru pun dady keluarkan dari kereta terus Aniq naik

No comments: