” Ya Allah, panjangkanlah umur anak kami ini, terangilah hatinya, teguhkanlah imannya, bagusilah amal perbuatannya, lapangkan rezekinya, dekatkanlah ia menuju kebaikan, jauhkanlah ia dari keburukan.
Ya Allah, kabulkanlah doa kami ini, agar anak kami menjadi anak yang soleh, yang senantiasa taat kepadaMu dan berbakti kepada kedua orang tuanya”
Amin ya rabbal ‘Alamin

Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

Tuesday, December 9, 2008

6th December, Aniq and Mummy back to Brunei

Hello semua, sorry Aniq lambat update, baru hari sabtu lepas Aniq sama mumy balik Brunei. 3 minggu Aniq tinggal di labuan sama mumy, Dady ambil kami di feri, lepas tu bawa cop pasport. Lepas dari terminal pegi makan dulu di restoran, lepas makan Dady bawa Aniq ke kedai mainan, disana Dady suruh Aniq cuba mainan yang Aniq suka, mana yang Aniq suka baru ia beli nanti.


Di kedai mainan, Dady sama Mumy suruh Aniq cuba basikal ni, mula-mula ok saja. Macam-macam kan di tekan, keyboard pun ada, tapi nda nampak dady gambar. Aniq pun cuba-cuba pusing stering, liat apa lagi yang ada....
Lepas tu dady tekan button atas basikal tu, awal-awal ada bunyi, lepas bunyi lagu. bear yang duduk dalam stering basikal tu pusing-pusing sambil menyanyi, tekajut Aniq...
Aniq takut lah meliat bear dalam tu menari, pusing-pusing.tadi duduk saja ia diam-diam, ani pandai nyanyi lagi tu. Nda Aniq suka basikal ni, ada bear hidup dalamnya. jangan Dady bali ah...nda Aniq mau pigang.
Lepas tu Mumy suruh Aniq test mainan ni, mula-mula Aniq takut jatuh, nda mau main.

sudah lama-lama, nda lagi Aniq takut.

Nda Aniq mau turun, siuk main swing ni,
Mumy sudah balik kemarin hari isnin 8hb Disember, sebelum hantar mumy, Dady bawa mumy makan Ambuyat, Mumy lama dah nda makan ambuyat. Lepas makan Dady bawa liat barang-barang Aniq di Hua Ho, terus beli makanan Aniq. Mumy keja di KL hari jumat sampai sabtu ni, minggu depan lagi sekali mumy cakap ia datang lawat Aniq di Brunei. Lepas hantar Mumy, dady sama Aniq terus balik rumah, di rumah Aniq main-main sama cousin-cousin , pukul 11 malam baru Aniq tidur. Kata Dady, di malam masa tidur Aniq nangis diam-diam, Dady bangunkan Aniq supaya nda nangis, makin kuat Aniq nangis, sampai Dady bawa keluar jalan-jalan. sekejap saja lepas tu Aniq tidur balik, kata dady Aniq mimpi mumy tu. sebelum tidur, Aniq liat tv sama Dady, Aniq diam-diam saja, lepas tu Aniq nangis cari mumy.

No comments: