” Ya Allah, panjangkanlah umur anak kami ini, terangilah hatinya, teguhkanlah imannya, bagusilah amal perbuatannya, lapangkan rezekinya, dekatkanlah ia menuju kebaikan, jauhkanlah ia dari keburukan.
Ya Allah, kabulkanlah doa kami ini, agar anak kami menjadi anak yang soleh, yang senantiasa taat kepadaMu dan berbakti kepada kedua orang tuanya”
Amin ya rabbal ‘Alamin

Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

Saturday, December 20, 2008

Aniq Ikut Dady Ke Office

Hari ni Mumy datang ke Brunei, Aniq subuh-subuh sudah bangun, Aniq bangunkan Dady, tapi ia nda mau bangun, sampai Aniq nangis baru ia bangun, ia suruh Aniq tidur balik, katanya awal masih, feri mumy sampai pukul sepuluh, Aniq bangun pukul 5 pagi. Dady tidurkan Aniq semula, sudah pukul 6.30 baru ia bangunkan Aniq lagi, ia mandikan Aniq, lepas tu pakai baju, sudah siap nenek bagi makan sarapan dulu. Sudah Dady siap, kami jalan ke ofis dady dulu. Aniq duduk diam-diam saja dalam kereta, sudah sampai banyak Auntie-auntie tunggu Aniq. Awal tu pegi bilik dady dulu liat krajanya, lepas tu jumpa Auntie sama uncle di bahagian Tender, ada dady ambil gambar Aniq sama dorang.
Auntie di bahagian Tender,ramai orang disini.
napa Aniq duduk atas meja


Auntie ni nda suruh orang lain pigang Aniq, ia saja yang kan pigang

sama jua

Aniq jawap tepun

Lepas dari sana, dady bawa turun ke bahagian pentadbiran, sana lagi ramai auntie-auntie yang Aniq jumpa. Yang cium Aniq ni Auntie Anieh, hehehehe...luruskh namanya tu

Auntie Dahlia kan ambil Aniq, tapi Auntie Anieh nda bagi.

yang ni Auntie Mas, babynya kan sama umur Aniq jua.

Auntie Bibeh, nda lagi lama ada baby ni....boy,hehehee

Akhirnya dapat jua Auntie Dahlia pigang Aniq.

Aniq mengantuk sudah

Lepas dari sana, dady bawa naik ke ofisnya semula, Auntie disana bawa Dady minum, Aniq ke dapur jua, dalam dapur Aniq duduk-duduk saja liat orang minum.


Selepas Dady minum, baru kami jalan ke terminal ambil mumy, pukul 10.40 baru feri mumy sampai, Aniq tertidur menunggu di sana, Sudah mumy keluar, dady bangunkan Aniq, senyum tarus Aniq. Mumy ambil Aniq, terus dady bawa mumy makan dulu, lepas tu baru balik rumah. Di rumah, mumy bagi Aniq makan, siap makan main-main saja sama mumy, selalu Aniq tidur tengah hari, tapi hari ni nda Aniq mau tidur, lama sudah nda jumpa mumy, mau sama mumy puas-puas. besuk mumy balik semula ke labuan.

No comments: